SIHAT DENGAN MENGAMALKAN SUNNAH NABI

Selasa, 28 November 2023

SUSU KAMBING



 Pengalaman saya berkaitan susu kambing adalah bermula daripada seorang sahabat saya yang dulunya saya ingat dia bawa kayu golf setiap petang lalu dikawasan saya terutama di kawasan pasar malam. Sangkaan saya dia baru balik daripada main golf. Rupa-rupanya dia dok galas Kayu Tongkat Ali. Dia  pernah menceritakan bahawa dia telah TOP di yutiub sebagai pengusaha tongkat Ali.

Tak lama kemudian dia menjadi seorang penjual  SUSU KAMBING SEGAR (FRESH) Setiap hari Jumaat pasti saya jumpa dia sebelum sembahyang Jumaat dan menjadi kewajipan saya membeli untuk minum. Ada seorang kakak Pembantu kedai saya bagi tau "Abu minum sikit saja Susu Kambing ni Panas". Saya pun bagi tau kakak tu saya telah minum habis sebotol dah. 

Saja nak bagi tau di sini sebenarnya Minum Susu Kambing ni bukan panas pun. Cuma methos saja! Mungkin minuman yang agak mahal juga sebab sebotol masa tu RM12 lebih kurang 500ml saja.

Lama-lama menjadi favourite !

Jumpa dia di mana pun tetap beli sebotol. Kadang-kadang tak sempat minum bila dilihat oleh anak perempuan saya dia tetap nak minum juga.

Saja nak bagi tau semua bahawa sebenarnya disebalik suka minum susu kambing sebenarnya banyak khasiatnya.

Contohnya anak saya ni sejak dia minum susu kambing peperiksaanya selalu ok. UPSR dapat 5A. Kesihatanya pun Allah swt bagi sihat selalu. Tak la sakit serius sangat. Sehari dua selalunya sihat semula. Sekarang dia di UITM Arau Perlis ambil couse Net Sentrik Sains Computer.

Satu lagi kebaikan susu kambing ni jika kita lihat ibu yang baru bersalin mereka kerap kali minta ( nak beli ) susu kambing untuk merawat anak mereka yang kena Demam Kuning.

Tak  lebih daripada itu, dulu saya pernah tulis artikel di blogspot menceritakan perihal kebaikan atau manfaatnya susu kambing yang suka di amalkan oleh ibu yang sukar mendapat anak walaupun bertahun sudah berkahwin. Rupa-rupanya blog yang saya tulis tu dah dibaca oleh seorang wanita dari negara India dan menghubungi saya melalui handphone semasa saya sedang mengecat lori untuk test di puspakom Telok Kumbar dia kata dia berminat untuk dapatkan susu kambing dari saya. Mungkin dia dah kahwin lama belum dapat melahirkan anak jadi dia nak beli susu tersebut.


Di sini saya paparkan beberapa  video yang membantu  untie , makcik -macik kakak-kakak yang telah minum Susu Kambing yang dikeluarkan oleh pihak MIKIO. 











ABU 

012-6143244