SIHAT DENGAN MENGAMALKAN SUNNAH NABI

Ahad, 25 Mei 2025

MPKK Kampung Jawa Bayan Baru

 MPKK Kampung Jawa Bayan Baru wujud pada tahun 2018 di bawah Parlimen Bayan Baru bersama ADUN Pantai Jerejak iaitu YB Sim ( Parlimen Bayan Baru manakala YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Adun Pantai Jerejak sehingga tahun 2024.

Sekarang DUN Pantai Jerejak dipimpin oleh YB Fahmi Zainol.

Pengerusi MPKK Kampung Jawa Bayan Baru adalah encik Abu Kasim Bakar dan dianggotai oleh 14 Jawatankuasa yang lain.

Di antara kemajuan yang telah dicapai adalah pembinaan semula Padang Futsal Kampung Jawa ke wajah baharu yang menjadi kebanggaan anak muda. Kini ditambah satu lagi Padang mainan iaitu Gelanggang sepak Takraw yang dapat mengumpul bakat-bakat anak muda dalam bidang kesukanan.

Juga tidak ketinggalan Padang mainan kanak-kanak telah di upgrade ke Padang mainan yang lebih selesa bagi kanak-kanak Kampung Jawa bermain dengan lebih selesa dan selamat.

Tidak kurang juga Fasiliti yang lengkap seperti perpustakaan dan dewan orang ramai bagi kemudahan penduduk di sini menikmati kemudahan yang ada.

Sebuah titi yang usang dan hampir runtuh telah digantikan dengan titi yang baharu yang sering digunakan oleh penduduk yang berada di Pintasan Bahagia untuk menyeberangi dari kawasan Pintasan Bahagia menuju ke Jalan Sultan Azlan Shah.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan